Tuesday 27 August 2013

FAHAMI BACAAN KOD PADA TAYAR KERETA

APABILA cengkaman tayar kenderaan mula berkurangan atau botak, itu menandakan sudah tiba masanya pemilik menukarnya dengan yang baru. Bagaimanapun, sebelum menukar yang baru ada beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian pemilik supaya tayar baru dibeli bersesuaian dengan kenderaan dan bukan sudah luput tarikh atau lama disimpan penjual. Sebagai pemilik kenderaan dan pengguna anda perlu mengetahui beberapa kod penting terdapat pada bahagian sisi tayar sebagai rujukan. Ia untuk memastikan anda membeli tayar berkualiti dan tahan lama. Setiap tayar mempunyai maklumat terperinci berhubung jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya. Sesiapa saja boleh memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang sesuai dan selamat bagi kenderaan masing-masing. Cara paling mudah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit. Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar: - Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006. Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada kenderaan. - Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit. Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama. Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg) Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad. - S - 180 km/j - T - 190 km/j - U - 200 km/j - H - 210 km/j - V - 240 km/j - Z - melebihi had laju 240 km/j - W - 270 km/j - Y - 300 km/j Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan digunakan.

Saturday 17 August 2013

KERETA BARU PROTON..

Gambar, harga dan spesifikasi Proton Suprima S - Syarikat automotif negara, Proton Sdn Bhd telah melancarkan kereta keluaran terbaru mereka iaitu Proton Suprima S pada 17 Ogos 2013 dan disempurnakan oleh penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur. Menurut Tun Dr Mahathir, pelancaran kereta berkualiti ini akan dapat mengikis persepsi negatif orang ramai terhadap keupayaan syarikat automotif tempatan iaitu Proton untuk menghasilkan kereta bermutu tinggi yang setanding dengan kualiti kereta buatan luar negara. Proton Suprima S yang dikeluarkan dalam kategori Executive dan Premium mempunyai lima variasi warna utama iaitu Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Tranquilty Black. Proton Suprima S katgeori Executive dijual pada harga antara RM76,338 - RM76,688, manakala kategori Premium pula dijual pada harga RM79,638 - RM79,988. Berhubung spesifikasi Proton Suprima S, ianya dihasilkan dengan Engine Campro 1,600cc dan diperbaiki dengan penambahan elemen turbo. Untuk spesifikasi lanjut, korang boleh baca jadual di bawah.
Di bawah ini pula ialah beberapa keping gambar menarik Proton Suprima S ketika pelancaran oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi Sabtu, 17 Ogos 2013. Memang cukup menarik rekabentuk luaran dan dalaman keluaran terbaru proton ini. Admin macam teringin nak beli pula.
Kredit to :http://ipanas.blogspot.com/2013/08/gambar-harga-dan-spesifikasi-proton.html